Pengurusan Penasihatan Murid



BAB 10 - PENGURUSAN PENASIHATAN MURID






Definisi Bimbingan

¢Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960). 

¢Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi, 1966).

¢Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al, 2006).  



Ciri-ciri bimbingan


1.Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan


2.Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya


3.Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.




Rumusannya : 


¢Daripada aspek bantuan, bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak.


¢Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. 



DEFINISI PENASIHATAN


¢Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.


¢Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.


CIRI-CIRI PENASIHATAN


1.Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. 
2.Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
3. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.


PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Terdapat 5 fasa iaitu
¢FASA 1 - Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan     penasihat pelajar
¢FASA 2 - Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan
¢FASA 3 - Proses Mengenali Pelajar
¢FASA 4 - Proses membimbing pelajar
A.Membina Hubungan
B.Penerokaan
C.Definisi Masalah dan Membina Matlamat
D.Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan
E.Melaksanakan tindakan
F.Penamatan
¢FASA 5 - Fasa Analisis Penilaian


Perbezaan di antara Bimbingan dan Penasihatan dengan  Kaunseling






DEFINISI  MENTORING



¢Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ramai (one-to one/many relationship) yang akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.


¢Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar  dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan.


¢Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor)  di berikan tanggongjawab untuk membantu guru baru (mantee)  mendalami perkembangan professional.
—Mentor – individu berpengalaman
—Mantee – individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan



PROSES  MENTORING

1. Menjalin perhubungan

2. Merundingkan persetujuan/perjanjian

3. Perkembangan professional mantee

4. Menamatkan perhubungan



Panduan Perbezaan Peranan Guru Sebagai Pembimbing Dan Penasihat Dengan Kaunselor, Psikoterapis Dan Psikiatris







Ulasan
Bimbingan merupakan suatu proses untuk membentu individu memahami diri dan dunia sekeliling (Suradi, 1966). Dalam konsep pendidikan bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran sebagai seorang pembimbing dan penasihat pelajar, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan, mengenali pelajar, membembing pelajar serta membuat analisis penilaian.



Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN