Pengurusan murid


Pengurusan Murid
Pengurusan Rekod Murid
u  Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
u  Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)
u  Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)
u  Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan
u  Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.

                           

                            
Kandungan kad 001
        Rekod peribadi
        Keputusan peperiksaan
        Bantuan persekolahan
        Minat /kecenderungan
        Rekod kesihatan
        Rekod penyakit kronik
Inovasi penyimpanan rekod murid
u  1978 : Kad 001
u  2005 : Sistem Maklumat Murid (SMM)
u  Ms Access
u  Stand-alone dan offline
u  2012 : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
u  Online
u  Sharing dengan ibu bapa
u  Dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS
u  2015 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
u  Modul Pengurusan Sekolah - EMIS
u  Modul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid
u  Modul Pengurusan Guru – e-operasi
Pemansuhan Kad 001
u  Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M
u  Pemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1Januari 2017
u  Semua maklumat murid disimpan dalam talian



Peranan guru kelas
u  Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
u  Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
u  Menyemak dan membetulkan ralat.
Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT)

Kepentingan Rekod Murid
  1. Memantau kemajuan murid
  2. Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  3. Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan
Kepentingan maklumat murid kepada guru
u  Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
u  Memerlukan bimbingan khas
u  Bantuan kewangan
u  Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

Pengetahuan Mengenai Keperluan Murid
u  Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah.
u  Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang?
u  Pengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
u  Bagaimana guru dapat mengenal pasti keperluan murid-muridnya?
u  Pengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi.
u  Pengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dan sebagainya.
u  Pemerhatian sistematik dalam bilik darjah dan semasa P&P
u  Pemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza.
Perbezaan Murid
1. Perkembangan mental
2. Sikap dan minat
3. Kadar pertumbuhan fizikal
4. Status sosioekonomi
5. Jantina
6. Kecerdasan individu

Perbezaan Jantina
u  Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
u  Pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
u  Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
u  Guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.
Perbezaan Kadar Pertumbuhan Fizikal
u  Setiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
u  Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
u  Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.
Perbezaan Perkembangan Mental
u  Walaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid-murid mempunyai corak perkembangan mental yang  berbeza.
u  Wujud secara semula jadi.
u  Guru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.
Perbezaan Minat & Kecenderungan
u  Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
u  Walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
u  Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.
Perbezaan  Status Sosioekonomi
u  Pelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
u  Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.
Perbezaan Kecerdasan Individu
u  Kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu. 
u  Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
u  Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.
Kesediaan Belajar
Keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu
Kesediaan Kognitif
u  Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
u  Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
Kesediaan Afektif
u  Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.
u  Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan Psikomotor
u  Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
u  Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.
Memotivasikan Pelajar
Konsep Motivasi
u  Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
u  Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.
u  Bantuan  daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Hubungan Motivasi Murid dan Pembelajaran
Murid motivasi Rendah
u   Aktiviti berbentuk tidak mencabar.
u  Tidak peduli tentang prestasi diri.
u  Pasif dan malas dalam pembelajaran.
Murid Motivasi Tinggi
u  Aktiviti sentiasa berbentuk mencabar.
u  Sentiasa menyemak prestasi diri.
u  Kritis dan kreatif dalam pembelajaran
Teknik Intrinsic
u  Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
u  Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
u  Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)
u  cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu
u  Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
u  cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik
Teknik Ekstrinsik
u  Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

Cara Guru Meningkatkan Motivasi Murid Dalam P&P
u  Memahami objektif pembelajaran
u  Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
u  Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
u  Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
u  Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
u  Mendapat pengalaman kejayaan
u  Menerima maklum balas yang tepat dan realistik
Memahami objektif pembelajaran
u  Murid lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam P&P sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut.
u  Pengetahuan ini membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi sesi P&P dan menghubung kait pembelajaran yang akan dilalui dengan pembelajaran lepas.
u  Pencapaian objektif pembelajaran pada akhir kelas juga memberikan rasa kepuasan dan kejayaan (sense of achievement) kepada murid.
Penglibatan aktif dalam aktiviti P&P
u  Murid secara aktif membina pengetahuannya sendiri mengenai sesuatu topik pembelajaran, berpandukan objektif pembelajaran.
u  Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator.
u  Murid “dicabar” untuk membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang bersumberkan pengalaman seharian dan pengalaman pembelajaran lepas.
u  Mengurangkan kebosanan murid.
u  Memberi peluang kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
u  Interaksi dan pertukaran idea melatih murid untuk menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya, dan membina pengetahuan baharu.
Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian dan minat murid
u  Topik pembelajaran yang berkait rapat dengan pengalaman murid membolehkan mereka menggambarkan dan memahami pembelajaran dengan lebih jelas.
u  Murid dapat melihat cara untuk mengaplikasikan perkara yang baru dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Masa untuk menyiapkan tugasan dan berinteraksi
u  Murid perlu diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan.
u  Murid perlu tahu mengenai had masa dan berusaha ke arah menyiapkan tugasan.
Pengalaman kejayaan
u  Aktiviti dan tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid untuk merasai kejayaan.
u  Dapat membantu meningkatkan self-esteem murid dan memberikan keyakinan mengenai kemampuannya dalam proses pembelajaran.
Maklum balas yang jelas dan realistik
u  Penilaian yang tepat dan jelas boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.
u  Maklum balas yang diberikan haruslah jelas, spesifik, dan sejurus selepas aktiviti dilakukan.
u  Guru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha murid dalam menyiapkan tugasan dan bukan hanya menekankan hasil akhir tugasan.
Bantuan pembelajaran
  1. Skim Perlindungan Murid (SPM)
  2. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  4. Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
  5. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  6. Program Susu Sekolah (PSS)
  7. Bantuan Awal Persekolahan

Elaun Murid Berkeperluan Khas
Bantuan Perjalanan & Pengangkutan
Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS)


Ulasan
Penyimpanan rekod murid membantu mengenali maklumat tentang murid-murid. Dengan adanya rekod ini pelbagai informasi seperti latar belakang pencapaian minat dan tingkah laku pelajar dapat dikenali serta guru dapat memantau murid mengembangkan potensi diri mereka. Pengurusan murid juga bantu penguasaan kofnitif, afektif serta psikomotor murid. Guru perlu motivasi pelajar agar mereka mencapai cita-cita mereka











Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN