Pengurusan displin
BAB 9 - PENGURUSAN DISIPLIN
ORDINAN PELAJARAN 1957
PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin
sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan
murid-murid di sekolah itu.
Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar)
Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid,
guru besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman
sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
Peraturan 6 : Perwakilan kuasa oleh Guru
besar
Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke
semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan
patut mewakikan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu
atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu tetapi yang disebut di atas tidak seorang pun
guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan
tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan
hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain
guru berdaftar.
PERATURAN 8 : KUASA GURU BESAR MENGGANTUNG
Persekolahan atau membuang murid dari sekolah
Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan
Memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah :-
(a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga
disiplin atau ketenteraman di mana - mana sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah ; atau
(b) yang seseorang murid telah
melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan
perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang
difikirkannya patut atau membuang murid itu dari sekolah
PERATURAN 10: RAYUAN
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung
persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang
sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau
peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu
dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2)
disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri
mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
PERATURAN 11 : CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL
PERATURAN 11 : CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL
BERHENTI SEKOLAH
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah
peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat
oleh
guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah
dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan
peraturan - peraturan ini.
PERATURAN 12 : Syarat Masuk Balik Sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah
yang
dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas
itu, (melainkan jika
perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh
pihak berkuasa
yang membuatnya).
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah
lain, tanpa kebenaran.
DATA & REKOD
PENGENALAN
•Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system
SSDM
sedia ada.
•Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai
usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid-
murid yang bakal mencorakkan negara pada masa
hadapan.
•Dengan memasukkan elemen mata (markah)
dalam sistem ini,
status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan
dibantu ke arah
kecemerlangan budi pekerti.
TUJUAN
•Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman
supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta
peraturan-
peraturan sedia ada.
•Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan
disiplin selaras dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat
dan komunikasi.
•Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
•Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua
Guru
Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan
Kaunseling,
murid-murid dan penjaga.
•Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan
pelbagai
bentuk laporan.
PROSES KERJA
Perekodan Kes Salah Laku
•Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
•Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan,
dan jika sah,
akan mencadangkan hukuman.
•Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan
mengesahkan
hukuman.
•Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan
terhadap
hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
•Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
•Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi
bimbingan
dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut
Perekodan Amalan Baik
•Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem
•Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan
pelaporan Status Sahsiah murid.
OPERASI SISTEM
WEB (ONLINE)
–Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses
oleh
guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru
Bimbingan
dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN,
KPM,
murid-murid, dan penjaga dengan
agihan dan pecahan tugas
yang jelas
ANDROID
–Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya
hingga
kepada penggunaan Android dan Smart Phone
PERANAN DAN TUGAS
Individu
|
Peranan dan Tugasan
|
Guru- guru
|
Melaporkan Kes salah laku dan Amalan baik
|
GPK HEM
|
Menentukan kesalahan kes dan mencadangkan tindakan.
Memberi ruang 'membela diri' kepada murid. Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman. Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah. |
Pengetua
|
Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan , atau
meminda tindakan , dan membuat pengesahan.
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah |
Guru UBK
|
Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap
murid - murid yang melakukan kesalahan.
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah. |
PPD
|
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi /
program peningkatan sahsiah peringkat daerah.
|
JPN
|
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program
peningkatan sahsiah peringkat negeri.
|
KPM
|
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi /
program peningkatan sahsiah peringkat nasional
|
Murid - murid
|
Memantau pelaporan individu dan berbincang dengan UBK
untuk meningkat status sahsiah.
|
Penjaga
|
Memantau pelaporan individu anak - anak di semua sekolah
di bawah KPM.
|
Kod Kategori Kes
A
|
Tingkah laku jenayah
|
B
|
Buli
|
C
|
Rokok
|
D
|
Ponteng
|
E
|
Tingkah laku lucah
|
F
|
Tingkah laku kurang sopan /
biadap
|
G
|
Kesalahan vandalisme
|
H
|
Tingkah tidak amanah
|
J
|
Kenakalan
|
K
|
Tingkah laku tidak pentingkan
masa
|
L
|
Kekemasan diri
|
M
|
Penglibatan politik
|
N
|
Lain - lain
|
P
|
Kes Khas
|
Ulasan
Gejala displin di
sekolah menjadi isu serius pada masa kini. Terdapat pebagai usaha diambil untuk
membendung masalah ini seperti Peraturan Displin 1959, Pekeliling Ikhtisas dan
sebagainya. Namun, hukuman-hukuman berbentuk penyeksaan, cacian, liar dan
melampau ialah dilarang sama sekali. Pelbagai sistem seperti sistem E-SSDMv2.0
membantu menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Ia membantu
pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta
peraturan-peraturan sedia ada.
Comments
Post a Comment