Pengurusan Pelbagai budaya


Pengurusan pelbagai budaya
Definisi : Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Teori sosial pelbagai budaya


PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


Ø  Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
Ø  Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).
Ø  Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.

Ø  Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.


Ø  Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.




Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya


Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya Berkesan

  • Ø   Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
  • Ø  Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
  • Ø  Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif
  • Ø  Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.


Pendekatan Pelaksanaan Pendidikan Pelbagai Budaya
  • Ø  Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
  • Ø  Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
  • Ø  Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
  • Ø  Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah
  • Ø  Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
  • Ø  Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
  • Ø  Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan
  • Ø  Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
  • Ø  Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.


Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya Di Malaysia






Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru
  • Ø  Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya
  • Ø  Guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya



Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya



Pengurusan Program Pelbagai Budaya peringkat Sekolah
  • Ø  Kelab Rukun Negara
  • Ø  Kem perpaduan
  • Ø  Program Silang Budaya
  • Ø  Kelab Bahasa ke-3
Ulasan
Di Malaysia terdapat kepelbagaian latar belakang pelajar yang belajar bersama-sama dalam institusi pendidikan. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya amat perlu untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Seseorang guru hendaklah memahami kepelbagaian budaya kerana mereka bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya dan perlu lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya.



Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN